Tuesday, August 10, 2010

2. ESQ bid'ah dholalah?


Not so fast my friend. Kita check satu persatu isinya. Sekali lagi, ESQ bukan mengajar mazhab baru, tidak mengajar kaedah fiqh baru & tidak mengajar kaedah aqidah yang baru. ESQ TIDAK mengajar Islam dengan falsafah atau sufism (tawassuf) baru (more on this in part 3) dan tidak mengajar cara baru belajar Islam. TETAPI ESQ mensasarkan kesedaran peserta dengan kaedah provokasi habis-habisan, sound sistem super kuat, ayat-ayat al-Qur’an dan hadis. ESQ ada kelemahan? YA, memang aku lihat ada.

ESQ tetap bid’ah dholalah? Jom kita ambik contoh degree economy. Adakah graduan economy telah melakukan bid’ah selama 4 tahun kerana belajar economy ala Barat yang tidak Islamik? Graduan psikologi juga bid’ah kerana belajar ilmu kaunseling ala Barat? Bagaimana jika degree Law 3 tahun dan kemudian 1 tahun sambung bahagian Shari’ah? Bukankah itu lebih baik? Bagaimana halnya bank Islam di Malaysia memperkenalkan loan Islamik ‘BBA’ yang banyak kelemahan, sebagai langkah awal meng’Islam’kan perbankan konvensional di negara kita? Bukankah itu langkah awal yang baik? Maka sama halnya dengan ESQ yang mengambil konsep dan ilmu di luar dunia Islam tetapi kemudian di’Islam’kan bagi manfaat umat Islam. Adakah ESQ pula yang cuba merubah ajaran Islam untuk disesuaikan dengan modul ESQ. Ya, aku lihat ada (still debatable) walaupun secara tidak langsung.

Masih dirasa ESQ bid’ah dholalah? Istilah Islam Hadhari ditolak ulama’ antarabangsa kerana memberi label baru dalam Islam yang boleh mengelirukan. TETAPI jika intipati konsep yang dibawa Islam Hadhari menyeru yang baik, maka ia diterima. Jika pemimpin yang zalim menyeru agar solat, maka kita mesti membenarkannya. Mana mungkin ajakan solat yang baik itu dinafikan semata-mata kerana penyerunya fasiq? Sebagai satu contoh, sila dikaji bagaimana al-Qur’an yang kita baca sekarang mempunyai baris fathah, kasroh, dhommah dsbnya. Siapa tokoh kontroversi yang memperkenalkannya dan kenali dia dan renungkan! Oleh itu, aku amat setuju dengan pendapat Dr Asri bahawa jangan ditolak terus ESQ walhal masih ada ruang untuk diperbaiki. ESQ boleh memberi manfaat kepada umat Islam.

2 comments:

  1. solah, aku rasa contoh bidaah hg bagi tu tak kena la.. bidaah ni hanya dalam perkara berkaitan ibadah semata-mata, bab amik degree bukan perkara ibadah dalam maksud sebenar, takkan dihukum bidaah... tajwid adalah ilmu untuk memudahkan bacaan, pun bukan ibadah, dan bukan bidaah.. mesti paham betui2 maksud bidaah ni..

    satu lagi kalau blajaq usul fiqh, kaedah dia, asal hukum bagi perkara muamalat adalah harus jadi produk2 kewangan islam selagi tidak melibatkan riba hukumnya harus.. so dalam muamalat takkan ada bidaah

    ReplyDelete
  2. Salam, first time aku pi kemarin kat uitm. Aku tak tau kalau ESQ yang orang biasa pi sama dgn ESQ yang buat kat uitm. Sama ka atau dah ubah sikit style.. sebab masa tak cukup.. atau sebab audien yang berbeza..

    Tapi aku rasa tak berapa syok la sebab dok ulang2 ESQ.. ESQ... aku rasa pengisian lebih penting. Tak perlu kot ada intro panjang2 pasal apa dia ESQ.. nanti orang yang 'graduate' dibayangi ESQ..

    Lepas tu aku rasa tak perlu ada Alumni ESQ... nanti jadi seolah2 orang yang tak pi ESQ macam tak cukup something... mulalah orang tanya... "Awat hang tak pi ESQ"".. Nanti jadi macam kalau orang tu jadi lebih baik pun, sebab dia graduate ESQ.. dia nanti kena bawak trademark ESQ, sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh capai objektif yang sama..

    Kalau aku akan mengaku aku dah try pi sikit pasal ESQ, tapi aku tak mengaku Alumni ESQ...
    tak perlulah kot..

    Aku tengok Halaqah malam Selasa kat TV lagi feel dari duduk dalam dewan kemarin..

    Wassalam..

    ReplyDelete