Tuesday, February 24, 2009

Save some $$$ at Penang Bridge toll


Do you know that you only need to pay RM5.60 instead of RM7 for the Penang Bridge toll if you use Touch N Go?

Actually, there's a little catch to it. For you to get this RM1.40 deduction, you need to REGISTER for a new Touch N Go card AT the Penang Bridge Customer Service Centre located just beside the toll. If you obtained your Touch N Go card from other means, you won't get this discount!

The card costs RM110. It comes loaded with RM100 credit. So, the cost of the card is only RM10.

It is highly recommended for you to register for this card if you use the Penang bridge often, even if you travel to the Penang island (or the other way round) once a month.

For reference sake, a ferry trip to Penang costs RM7. So you won't be able to get a better rate than this tip...

Tuesday, February 17, 2009

Majoriti tak semestinya betul!


  1. Manusia secara lumrahnya suka ikut majoriti. Sangkaan-sangkaan orang kebiasaan ialah majoriti mestilah betul dan satu perkara yang ‘normal'.
  2. Jika sedemikian, jikalau majoriti besar manusia terutamanya golongan wanita di dunia ini suka mendedahkan aurat, adakah ianya dianggap ‘betul’ dan ‘normal’? Adakah kehidupan kita semata-mata mengikut ‘majoriti’, ‘trend’ terkini dan kepopularan?
  3. TIDAK sama sekali! Ketahuilah bahawa MAJORITI manusia akan dihumbankan ke dalam neraka. MAJORITI tidak menjamin apa-apa tanpa berlandaskan ilmu agama Islam yang sebenar.
  4. Biarlah kita menjadi golongan yang amat terpencil, yang dianggap ganjil dan tidak ber’standard’ asalkan diberkati dan dirahmati oleh Allah!
  5. Ingatlah! Majoriti tak semestinya betul! Ayuh cerdaskan gaya pemikiran kita!

Friday, February 6, 2009

Ikhlas sahaja tak cukup!

"Aku buat ni ikhlas...."
"Ala... asalkan aku ikhlas... kan dah cukup"

Ini antara 'hujah' biasa yang kita dengar untuk menjustifikasikan hampir setiap perkara yang kita buat. Adakah ikhlas sahaja sudah memadai terutamanya berkaitan agama? TIDAK! Islam adalah agama yang berdasarkan dalil dan hujah. Setiap ibadah khusus dan perkara aqidah perlu bersandar kepada dalil(bukti/sumber) yang sahih dan hasan untuk kita berpegang kepadanya.

Mari kita lihat 2 contoh di bawah:

1) "Aku nak buat ibadah lebih, jadi aku buat solat Subuh 3 rakaat. Aku buat ikhlas kerana Allah!" Malang sekali, di sini kita dapat lihat kesalahan besar dalam pemahaman Islam. Walaupun secara matematiknya 3 itu lebih baik daripada 2, tetapi Islam bukan agama yang boleh direka sesuka hati oleh sesiapa. Dalam contoh ini, Allah menetapkan Subuh 2 rakaat. Maka itulah yang kita patuh. Sama halnya dalam perkara-perkara lain. Jika tidak terdapat dalil yang membolehkan kita beramal dalam sesuatu perkara, jangan kita memandai untuk mereka-rekanya. Ini terutamanya dalam skop ibadah, tidak boleh dianggap baik sesuatu perkara melainkan terdapat dalil yang menyokongnya. Ikhlas sahaja tanpa dalil tidak cukup!

2) Kalau nak ikutkan ikhlas, banyak sami dan paderi ikhlas dalam ibadah cara mereka. Tapi langsung tertolak dan sesat ibadah mereka kerana tidak menepati kehendak Allah. Allah telahpun menetapkan cara untuk beribadah kepada-Nya melalui al-Qur'an dan sunnah, maka patuhlah kepada perintah Allah. Jangan melampau dalam beribadah dan beraqidah yang melangkaui tunjuk ajar Rasulullah. Alasan semata-mata ikhlas dalam ibadah adalah tidak mencukupi!


Kesimpulannya, jangan mudah menjustifikasi dan mengadili sesuatu urusan agama itu tanpa berlapikkan dalil yang sah. Ikhlas sahaja tidak memadai. Contohnya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang amat baik. Tetapi apabila terlalu memuji dan mengagungkan Nabi tanpa petunjuk al-Qur'an dan sunnah, maka kita akan dapati kesalahan-kesalahan kritikal dalam beribadah. Maka rajinlah bertanya kepada yang betul-betul arif dalam sesuatu bidang. Kalau nak bedah apendiks, pergilah berjumpa dengan doktor bedah, bukannya dengan doktor gigi. Walhal kedua-duanya bergelar doktor. Setiap orang mempunyai kepakaran dan pengkhususan masing-masing. Sama juga dengan perkara agama. Jangan pukul rata semua ustaz itu arif dalam segenap ilmu agama. Malah yang betul-betul cekap dan memahami ilmu agama itu tidaklah ramai.....

Wallahu'alam.

Capacity of E1

In Malaysia, E1 is the main type of cable used at Base Transceiver Station (BTS) in order to carry data(voice/packet) and signalling information.

Why is one E1 = 2.048Mbps?

1 E1 frame = 32 timeslots/channels
1 timeslot = 8 bits (speech/voice rate)
Sampling rate = 8 kHz (Nyquist rate -> 2x bandwidth)

:. E1 data rate = 32 x 8 x 8000 = 2.048Mbps

Sunday, February 1, 2009

Masalah streamyx

Banyak masalah boleh menimpa streamyx kita. Setiap kali call customer service, mesti ade 'skema teks' jawapan yang die baca. Memang camtu. Tapi kalau semue basic guideline yang die suruh buat tak dapat selesaikan masalah jugak, try tips2 yang agak advance di bawah:_

1. Mintak diorang hantar technician untuk reset port streamyx.
2. Mintak diorang check session kita, takut hang(tergantung). Mintak reset.
3. Mintak technician datang rumah check quality copper wire (line telephone).
4. Mintak careline create report tentang masalah streamyx kita.
5. Buat aduan dekat MCMC (http://www.mcmc.gov.my/consumer/complaint.asp), pastu 'ugut' careline dengan report number MCMC.
6. Call careline setiap hari (jgn marah, cakap elok-elok), bagi report number kita.
7. Call careline, mintak sambung ke coordinator/boss die ataupun mintak terus transfer ke technical department.
8. Tak dapat guna streamyx dalam tempoh yang lama, mintak pampasan/refund (memang boleh).
9. Sertakan maklumat/printscreen berkaitan (contohnya connection speed rate report di http://202.188.95.52:8080/speedometer/) kalau nak buat aduan secara email.
10. Mintak diorang check setting DSLAM atau DP box.
11. Kalau suspect diorang silap set package (kita bayar 1Mbps tapi dapat 512kbps, bagitau diorang kita 'miscapped'. Mintak diorang perbetulkan.