Tuesday, August 10, 2010

3. Kritikan terhadap ESQ

Mungkin ramai yang membaca posting ini untuk mengukuhkan lagi bukti kesalahan atau kesesatan ESQ. Bersangka buruk itu… perangai yang tidak mulia (huhu), tapi takpe aku akan straight away highlight terus perkara yang aku lihat ada kekurangan, kesalahan atau yang boleh menyebabkan kekeliruan dan fahaman terpesong. Ini bertujuan menegur ESQ (aku dah isi borang feedback training dengan point di bawah) agar mereka memperkemas modul mereka.

____________________________________________________________________

1. Muzik. ESQ amat bergantung kepada sound effect dan background music untuk menghidupkan suasana & memberi kesan kepada peserta. Muzik ini ialah isu yang khilaf (mempunyai perbezaan pendapat antara ulama’). Salafi tegar tentunya menolak bulat-bulat penggunaan muzik hatta nasyid lelaki sekalipun. Tetapi jika kita ambil pendekatan salafi moderate atau pandangan Dr Yusuf Qaradawi, penggunaan lagu & muzik dibolehkan dengan bersyarat.

Kritikan #1: Nasyid dinyanyikan lelaki okay. Sound effect & background music okay (korang main game atau tengok movie okay je dengar sound effect & muzik latar belakang kan?). Yang tak ok ialah ada satu atau 2 lagu yang mempunyai suara wanita. Aku mengambil pendapat bahawa suara wanita yang menyanyi menjadi aurat kerana suara dilunakkan dan dimerdukan. Kerana itu juga wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, kalau hendak menegur kesalahan imam solat hanya dengan tepuk tangan sahaja, tidak dibacakan al-Quran secara kuat kepada umum, dan beberapa contoh lain lagi yang kita ambik daripada hadis Rasulullah. Hal ini kerana lelaki mudah tergoda dengan wanita atau merasa gangguan seksual daripada suara wanita. Kalau lelaki dengar suara wanita yang merdu ditelefon, tanpa diketahui rupa paras pun, dah boleh terangsang di hati atau terbayang-bayang…. so you figure out the rest. Tiada masalah besar kalau 2 lagu tersebut ditukar pihak ESQ kepada suara lelaki sahaja.

Kritikan #2: Ada lagu Barat & lagu Melayu/Indonesia yang dipasang ketika antara modul (penyanyi lelaki). Bagiku tiada masalah yang besar tetapi mungkin ada yang kurang selesa kerana hanya mahu dengar lagu Islamik/nasyid disebabkan ESQ sememangnya cuba menjana keinsafan dan bertaubat kepada Allah. Nanti tercampur modul ala Islamik dengan lagu yang dinyanyikan oleh orang yang tampak tidak Islamik atau kafir.

____________________________________________________________________

2. Percampuran lelaki & wanita. Alhamdulillah ESQ mengasingkan makanan, tempat duduk, tempat solat & aktiviti lelaki hanya dengan lelaki dan sebaliknya walaupun masih duduk di dalam satu dewan yang sama. Fasilitator lelaki hanya menjaga peserta lelaki dan begitu sebaliknya.

Kritikan #1: Walaupun diasingkan lelaki & wanita, tetapi peserta lelaki masih boleh melihat atau menjeling kepada peserta wanita dan sebaliknya. Amat munasabah jika diletakkan penghadang antara lelaki & wanita. Untuk elak fitnah sebegini, ESQ juga boleh membuat kursus yang khas untuk lelaki dan kemudian kursus yang khas untuk wanita di dewan atau masa yang berlainan. Apa susahnya?

Kritikan #2: Untuk beberapa aktiviti senaman dan modul, wanita perlu tampil ke hadapan dan boleh dilihat peserta lelaki dengan lebih direct. Sekali lagi, perlu diadakan penghadang atau diasingkan sahaja ESQ lelaki & wanita.
____________________________________________________________________

3. Isu Asma’ ul Husna (99 nama Allah). ESQ cuba untuk menyedarkan kita tentang kebesaran Allah melalui penghayatan nama-nama Allah.

Kritikan #1: ESQ perlu menerangkan bahawa aqidah Islam bukan hanya terhad kepada mempercayai nama-nama Allah. ESQ juga perlu menerangkan apa itu tauhid Asma’ wa Sifat bagi mencegah kekeliruan daripada berlaku.

Kritikan #2: Di sini akan disebut kritikan paling kritikal yang menjadi salah satu dasar wujudnya penyelewengan atau kekeliruan aqidah Islam. ESQ dilihat mentafsirkan dan menyesuaikan sifat-sifat & nama Allah tanpa panduan yang betul dan terlalu longgar atau suka hati. Contohnya ESQ mentafsirkan sifat Allah untuk disesuaikan dengan ciri-ciri bendera Malaysia yang nampak langsung di luar skop. ESQ juga gagal menerang secara jelas bahawa ada sifat Allah yang kita boleh contohi seperti sifat kasih sayang dan adil tetapi ada juga sifat Allah yang tidak boleh dicontohi seperti sifat menyesatkan. Kesimpulannya ESQ ingin menyampaikan mesej mengambil iktibar daripada nama-nama & sifat Allah tetapi kurang tepat dalam penerangan dan aplikasi yang digunakan. Tidak kira anda berpegang kepada aqidah Sifat 20 atau pecahan 3 tauhid Salafiyyah, pasti anda tidak akan setuju dengan kaedah penerangan ESQ ini.

___________________________________________________________________

4. ‘Tarian’ nasyid Demi Matahari. Demi Matahari ialah nasyid yang liriknya diambil daripada sebahagian terjemahan surah as-Syams.

Kritikan #1: Secara peribadi, bernasyid sambil menggerakkan tangan masih aku anggap ‘acceptable’ tetapi jika hingga memusingkan badan 360 darjah adalah tidak sesuai dengan Islam. Jika dilihat dari jauh beratus-ratus orang angkat tangan sambil pusingkan badan, seolah-olah satu amalan ajaran sesat. Bahkan terjemahan surah al-Qur’an dinyanyi dan ‘ditarikan’ tidak pernah diajar oleh Rasulullah mahupun mana-mana ulama’ besar.

____________________________________________________________________

5. Tangisan dan doa peserta wanita. Sebahagian besar modul ESQ menggunakan provokasi bagi ‘memecahkan’ ego manusia agar insaf dan kembali kepada Allah. Semua modul provokasi ini dijalankan dengan lampu ditutup.

Kritikan #1: Peserta lelaki mahupun wanita yang menangis akan disuakan microphone bagi berkongsi luahan hati keinsafan dan doa taubat. Ini bertujuan menghidupkan suasana keinsafan dan menunjukkan berkesannya modul tersebut. Masalahnya ialah tangisan, suara teresak-esak dan rintihan wanita tidak boleh didengarkan kepada lelaki dengan sengaja seperti dengan microphone. Hal ini mengganggu ke’khusyukkan’ peserta lelaki secara langsung. Aku juga amat tidak setuju aktiviti fasilitator ESQ mencari ‘target’ yang menangis untuk disuakan microphone walaupun hanya untuk lelaki. Sekali lagi, ini mengganggu tumpuan peserta yang sedang muhasabah diri atau berfikir.

____________________________________________________________________

6. Berjenaka tentang Nabi.

Posting ini belum lengkap dan akan bersambung lagi insya Allah.

2. ESQ bid'ah dholalah?


Not so fast my friend. Kita check satu persatu isinya. Sekali lagi, ESQ bukan mengajar mazhab baru, tidak mengajar kaedah fiqh baru & tidak mengajar kaedah aqidah yang baru. ESQ TIDAK mengajar Islam dengan falsafah atau sufism (tawassuf) baru (more on this in part 3) dan tidak mengajar cara baru belajar Islam. TETAPI ESQ mensasarkan kesedaran peserta dengan kaedah provokasi habis-habisan, sound sistem super kuat, ayat-ayat al-Qur’an dan hadis. ESQ ada kelemahan? YA, memang aku lihat ada.

ESQ tetap bid’ah dholalah? Jom kita ambik contoh degree economy. Adakah graduan economy telah melakukan bid’ah selama 4 tahun kerana belajar economy ala Barat yang tidak Islamik? Graduan psikologi juga bid’ah kerana belajar ilmu kaunseling ala Barat? Bagaimana jika degree Law 3 tahun dan kemudian 1 tahun sambung bahagian Shari’ah? Bukankah itu lebih baik? Bagaimana halnya bank Islam di Malaysia memperkenalkan loan Islamik ‘BBA’ yang banyak kelemahan, sebagai langkah awal meng’Islam’kan perbankan konvensional di negara kita? Bukankah itu langkah awal yang baik? Maka sama halnya dengan ESQ yang mengambil konsep dan ilmu di luar dunia Islam tetapi kemudian di’Islam’kan bagi manfaat umat Islam. Adakah ESQ pula yang cuba merubah ajaran Islam untuk disesuaikan dengan modul ESQ. Ya, aku lihat ada (still debatable) walaupun secara tidak langsung.

Masih dirasa ESQ bid’ah dholalah? Istilah Islam Hadhari ditolak ulama’ antarabangsa kerana memberi label baru dalam Islam yang boleh mengelirukan. TETAPI jika intipati konsep yang dibawa Islam Hadhari menyeru yang baik, maka ia diterima. Jika pemimpin yang zalim menyeru agar solat, maka kita mesti membenarkannya. Mana mungkin ajakan solat yang baik itu dinafikan semata-mata kerana penyerunya fasiq? Sebagai satu contoh, sila dikaji bagaimana al-Qur’an yang kita baca sekarang mempunyai baris fathah, kasroh, dhommah dsbnya. Siapa tokoh kontroversi yang memperkenalkannya dan kenali dia dan renungkan! Oleh itu, aku amat setuju dengan pendapat Dr Asri bahawa jangan ditolak terus ESQ walhal masih ada ruang untuk diperbaiki. ESQ boleh memberi manfaat kepada umat Islam.

1. Apa itu ESQ


Posting ini dibuat setelah aku attend kursus ESQ 165 Basic pada 30 Julai - 1 August 2010 bagi menyiasat sendiri ESQ dan mendapatkan manfaat darinya, jika benar ESQ memberi manfaat.

ESQ ialah satu program motivasi human resource (HR) (terjemahan: sumber manusia / pengurusan). ESQ bukan program ceramah agama semata-mata, bukan kelas belajar aqidah Islam, fiqh, sejarah Islam dsbnya. ESQ juga bukan program khusus motivasi menjurus Islam seperti yang ada sebelum ini.

ESQ ialah program membina sumber manusia melalui pendekatan agama Islam. Maksudnya asas kursus ini ialah memberi motivasi bagi meningkatkan daya kerja, kekuatan & sahsiah di dalam pekerjaan. Program motivasi HR dah banyak ada seperti 7 Habits for Highly Successful People by Steven Covey (aku dah attend tahun 2007), Biro Tata Negara (BTN), Team Building dll. TETAPI ESQ telah dirangka modul-modulnya yang dibuat secara profesional supaya selari dengan kehendak Islam. Amat sukar mencari program kursus motivasi HR yang berlandaskan Islam. Yang tidak Islamik daripada timur dan barat memang berlungguk-lungguk.

ESQ bermaksud emotional & spiritual quotient. Ertinya kecerdasan emosi & rohani. ESQ mempunyai 4 levels & beberapa cabang seperti ESQ Kids, ESQ Parenting etc. Kursus yang aku attend ialah ESQ 165 Basic (1st level). Untuk level yang seterusnya kene attend kursus tersebut secara berasingan.

Asalnya (few years ago) memang modul ESQ banyak bermasalah dan dipertikai kerana perintisnya Dr Ary Ginanjar Agustian bukanlah daripada golongan agamawan. Seperti hendakkan Islam tetapi asas tidak kukuh. Wbmnpun, dari masa ke masa modulnya diperbaiki, diperbetul & diperkemas agar selari dengan Islam. Di Malaysia, ESQ melantik panel Syari’ah sendiri apabila siasatan JAKIM ke atas ESQ mendapati banyak keraguan yang boleh menyebabkan aqidah yang terseleweng. Namun melalui makluman Datuk Paduka Hasbullah iaitu salah seorang panel Syari’ah ESQ dan bekas mufti Kedah, setelah panel Syari’ah ditubuhkan, Pejabat Mufti WP (bukan JAKIM) enggan berbincang dengan panel Syari’ah ESQ dan lantas memfatwakan ESQ sesat berdasarkan kepada laporan yang dilakukan oleh JAKIM sebelum itu. Wallahu’alam.