Wednesday, December 30, 2009

Mencari makhluk asing (di luar bumi)


Jika kita yakin makhluk asing betul-betul wujud, kenapa kita masih belum jumpa ‘alien’? Adakah kerana kita melihat pada tempat yang salah? Atau mata kita tidak dapat melihat makhluk asing? Atau makhluk asing berada di ‘dimensi’ yang lain? Atau. Atau. Atau….

Maka sy akan cuba bentangkan penerangan ringkas secara rasional berkaitan topik ini.

1. Kita melihat dengan mata, yang menerima imej yang dibawa/dibentuk oleh cahaya. Kelajuan cahaya ialah 300,000,000 meter sesaat. Jadi dalam satu saat, cahaya boleh bergerak sejauh 300,000 kilometer. Amat pantas. Bandingkan dengan kereta kancilku, paling ‘top’ hanya boleh capai 160 km dalam satu jam.


2. Katakanlah satu planet yang ‘berpotensi’ menampung kehidupan jaraknya 100 tahun cahaya daripada bumi. Maksudnya, jarak planet tersebut daripada kita ialah:_ 300,000,000 X 60 X 60 X 24 X 365 X 100. Atau secara mudahnya, cahaya yang ‘bertolak’ daripada bumi mengambil masa 100 tahun untuk sampai ke planet tersebut.


3. Jadi, jika kita hantar ‘maklumat’ dengan kelajuan cahaya kepada planet makhluk asing, tempoh masa pergi ialah 100 tahun dan jika alien tersebut reply balik, maka tambah lagi 100 tahun. Jadi jumlahnya 200 tahun. Bayangkan manusia memerlukan 2 atau 3 generasi kehidupan untuk terima balik hanya 1 data!


4. Oleh itu, dengan mudah anda dapat simpulkan bahawa ‘imej’ planet asing yang kita terima sekarang di bumi, sebenarnya ialah imej masa lalu yang mengambil masa untuk sampai ke bumi. Jika satu planet bernama X jaraknya 10,000 tahun cahaya daripada bumi, maka imej yang kita lihat sekarang adalah gambaran planet X 10,000 tahun yang lalu. Subhanallah.


5. Sebenarnya, perkara ini tidak semudah itu. Hal ini kerana cahaya tidak mampu bergerak jauh di alam semesta tanpa ada yang menjadi malap dan seterusnya hilang sama sekali. Maka sebenarnya, majoriti planet, bintang, pulsar dsbnya di alam semesta yang dijumpai oleh ahli astronomi bukannya ‘diteropong’ untuk mendapatkan imej cahayanya. Ahli astronomi dapat mengenal pasti kewujudan ‘sesuatu’ di alam semesta dengan mengkaji sifat gelombang radio yang diterima di bumi daripada angkasa. Gelombang radio ini bergerak dengan halaju yg sama dengan cahaya.


6. Sekarang sudah agak jelas beberapa isu ‘kepayahan’ untuk ‘meneropong’ planet di angkasa lepas. Lagi susah apabila gelombang radio yang dikaji ini perlu diterjemahkan atau disiasat bagi mengenal pasti kandungannya. Maka, bagaimana untuk memahami maklumat gelombang radio tersebut? Gelombang radio tersebut teramat banyak pulak jenisnya. Jika difokus kepada satu gelombang sahaja, contohnya 100MHz, apakah kita masih mampu menafsir gelombang tersebut, sama ada ianya ‘mesej’ daripada alien? Atau hanya gelombang rawak daripada fenomena yang pelbagai di angkasa? Atau hanya gelombang ‘sampah’? Bagaimana pula dengan gelombang 200MHz, 500MHz, 999MHz, 200GHz dan seterusnya? Bagaimana pula jika ‘alien’ tersebut pula tidak mencapai tahap teknologi seperti kita? Bagaimana pula jika isyarat radio yang kita hantar, tidak dapat ditafsir oleh alien di planet mereka? Bagaikan mencari jarum emas di tengah lautan? Ya, terdapat beberapa kaedah yg digunakan oleh saintis untuk ‘meniruskan’ fokus pencarian. Tapi ianya masih bagai mencari loket emas di tengah lautan….

7. Tiada sorang pun manusia tahu makhluk asing wujud atau tidak. Hanya Allah yang tahu. Kita umat Islam mempunyai al-Qur’an, satu mukjizat, keajaiban daripada Allah. Walaupun begitu, tidak terdapat bukti di dalam al-Qur’an tentang makhluk asing (atau tiada siapa yang menjumpai rahsianya lagi daripada al-Qur’an). Mengapa? Kerana al-Qur’an ialah kitab petunjuk kepada manusia yang menerangkan perkara yang penting dan berkaitan sahaja bagi kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Makhluk asing tidak penting bagi manusia dalam soal ibadah kepada Allah. Masih banyak isu yang boleh dibincangkan di sini, seperti jin & malaikat yang mempunyai kebolehan bergerak bebas di angkasa. Tetapi cukuplah setakat ini buat masa ini. Wallahu’alam.

Tuesday, December 22, 2009

Insyirah Yusra (my first born child)


Her favourite sleeping pose.. even till this very day..




4 days after birth




Around 2 weeks old



He... he..



Around a month old


All of those pictures of my new born daughter were taken from my aging phone camera (Nokia 6610). Thus, sorry for the low resolution (my digital camera is still at kampung). Alhamdulillah, praise to Allah for this blessing gift :)








Monday, December 21, 2009

Apa isu berkaitan kenduri tahlil?


Posting ringkas ini bertujuan untuk memberi penerangan ringan & mudah bagi ‘audience’ umum sekitar isu kenduri tahlil. Posting ini tidak bertujuan membincangkan dengan panjang lebar secara terperinci disertai dalil dan hujjah, kerana perkara tersebut telah dibuat banyak kali di serata media. Pendek kata, posting ni berharap untuk menjawab soalan ‘layman’ seperti berikut: “Ape yg orang asyik duk bising2 pasal kenduri tahlil ni??? Ape masalahnya??

Pertama sekali, tahlil bermaksud menyebut kalimah ‘La Ilaha Illallah’ (Tiada tuhan selain Allah). Kalimah ini ialah satu bentuk zikir dan juga aqidah asas orang Islam. Maka bertahlil merupakan amalan membaca kalimah ‘La Ilaha Illallah’.

Kenduri tahlil di Malaysia pula dilakukan untuk berdoa memohon keampunan & menderma bacaan al-Quran kepada yang telah meninggal, termasuk menyediakan makanan kepada hadirin setelah bacaan tahlil selesai.

Maka perlu dibezakan antara bertahlil dan kenduri tahlil kerana kedua-duanya tidak sama.

Di sini terdapat 2 isu utama tentang kenduri tahlil.

1. Sama ada pahala bacaan al-Quran kepada si mati sampai atau tidak?

- Di sini terdapat 2 pendapat para ulama’. Sebelah pihak mengatakan tidak sampai dan sebelah yang lain pula mengatakan pahala sampai. Kedua-dua belah pihak mempunyai dalil tersendiri maka tiada masalah di sini. Ini hanyalah perbezaan pendapat yang kecil dan tak perlu berbalah tentangnya. Imam Syafi’e, imam mazhab kita di Malaysia, mengatakan pahala bacaan al-Qur’an tersebut tidak sampai. Dan inilah juga pegangan peribadiku.

- Juga perlu dibezakan antara berdoa memohon keampunan dan menyumbang pahala bacaan al-Quran kepada si mati. Berdoa agar diberi keampunan kepada si mati adalah sunnah kerana terdapat di dalam hadith tetapi isu menderma pahala bacaan Quran adalah diperselisih seperti diterangkan di atas.


2. Hidangan makanan ketika kenduri tahlil.

- Di sini perlu sedikit kritikal. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat miskin yang bersusah payah membuat kenduri tahlil, sehingga menggunakan duit anak yatim (anak si mati) bagi menyediakan makan kepada hadirin. Cara ini amat salah di sisi Islam. Yang terdapat dalam hadith ialah orang lain yang menyumbangkan makanan & sumbangan bagi meringkankan beban kepada keluarga yang ditimpa tragedi tersebut. Di Malaysia, terbalik pulak jadinya. Amalan inilah yang dikritik oleh banyak pihak yang memahami masalah ini.


Apa yang perlu sekarang cuma kefahaman berkaitan 2 isu yang telah diterangkan di atas & disertakan dengan penambahbaikan. Sesiapa yang tidak yakin dengan kenduri tahlil, maka tidak perlu buat. Sesiapa yang yakin dengan amalan ini, buatlah dengan cara yang betul. Tiada sengketa di antara duanya. Insya Allah. Wassalam.