Showing posts with label [ Religion ]. Show all posts
Showing posts with label [ Religion ]. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Tidur, mimpi dan alam kubur

Intro

Manusia yang mati, rohnya terpisah daripada jasad dan memasuki alam kubur atau nama lainnya alam barzakh. Di alam barzakh, orang yang membawa bekalan dosa dari dunia akan mendapat azab siksaan berterusan sehinggalah apabila kiamat tiba. Kemudian, mereka dibangkitkan di padang mahsyar untuk dihitung amalan, sama ada hayatnya selepas itu akan kekal di syurga atau neraka, atau sebahagian neraka dan kemudian syurga.


Senario

Manusia bernama A mati pada tahun 1900 manakala B mati sehari sebelum kiamat berlaku. Kedua-dua A & B adalah manusia yang zalim dan penuh dengan kemaksiatan, tidak sempat bertaubat ketika menemui ajal. Melalui ukuran masa, bukankah A akan menerima siksaan yang lama di alam barzakh berbanding B? Maka mari kita ikuti penerangannya:_

1. Masa hanyalah salah satu ciptaan Allah, iaitu aturan kejadian yang sedang, telah dan akan berlaku. Jadi ukuran tempoh kehidupan kita di dunia terikat dengan masa.

2. Ketika kita tidur atau bermimpi, adakah kita tahu berapa lama kita telah tidur? 5 minit? 14 jam? 20 hari? Kita hanya tahu tempoh kita tidur apabila kita terjaga daripada tidur dan melihat kepada jam. Jadi, tiada langsung cara untuk seseorang yang sedang tidur untuk tahu berapa lama dia telah tidur. Kadang kala kita rasa kita telah bermimpi satu kisah yang berlaku bertahun-tahun lamanya, tetapi apabila terjaga, kita sebenarnya hanya terlelap 2 minit. Kadang kala kita rasa kita telah tidur teramat sekejap, tetapi kita telah tidur selama 10 jam.

3. Bezanya mimpi dan alam barzakh ialah, dalam mimpi kita tidak merasa kesakitan atau rasa fizikal tetapi di alam barzakh, kita akan rasa segala-galanya, sama ada yang selesa atau amat menyakitkan.

4. Alam barzakh tidak terikat dengan masa di dunia. Jadi insan A tadi boleh merasa telah disiksa beribu-ribu tahun di alam kubur & insan B juga sama sahaja akan merasa telah disiksa teramat lama walaupun hakikatnya dia hanya mati sehari sebelum kiamat. Seolah-olah B telah bermimpi ditikam di perut selama 10000 tahun tetapi kali ini semua kesakitan tersebut benar & dirasai. Jadi, walaupun B mati sehari sebelum kiamat, dia akan mengalami siksaan di alam barzakh yang setimpal dengan amalannya di dunia. Siksaan alam barzakh tiada kaitan dengan masa di dunia.

Dan begitulah salah satu keadilan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Wallu'alam.

Monday, December 21, 2009

Apa isu berkaitan kenduri tahlil?


Posting ringkas ini bertujuan untuk memberi penerangan ringan & mudah bagi ‘audience’ umum sekitar isu kenduri tahlil. Posting ini tidak bertujuan membincangkan dengan panjang lebar secara terperinci disertai dalil dan hujjah, kerana perkara tersebut telah dibuat banyak kali di serata media. Pendek kata, posting ni berharap untuk menjawab soalan ‘layman’ seperti berikut: “Ape yg orang asyik duk bising2 pasal kenduri tahlil ni??? Ape masalahnya??

Pertama sekali, tahlil bermaksud menyebut kalimah ‘La Ilaha Illallah’ (Tiada tuhan selain Allah). Kalimah ini ialah satu bentuk zikir dan juga aqidah asas orang Islam. Maka bertahlil merupakan amalan membaca kalimah ‘La Ilaha Illallah’.

Kenduri tahlil di Malaysia pula dilakukan untuk berdoa memohon keampunan & menderma bacaan al-Quran kepada yang telah meninggal, termasuk menyediakan makanan kepada hadirin setelah bacaan tahlil selesai.

Maka perlu dibezakan antara bertahlil dan kenduri tahlil kerana kedua-duanya tidak sama.

Di sini terdapat 2 isu utama tentang kenduri tahlil.

1. Sama ada pahala bacaan al-Quran kepada si mati sampai atau tidak?

- Di sini terdapat 2 pendapat para ulama’. Sebelah pihak mengatakan tidak sampai dan sebelah yang lain pula mengatakan pahala sampai. Kedua-dua belah pihak mempunyai dalil tersendiri maka tiada masalah di sini. Ini hanyalah perbezaan pendapat yang kecil dan tak perlu berbalah tentangnya. Imam Syafi’e, imam mazhab kita di Malaysia, mengatakan pahala bacaan al-Qur’an tersebut tidak sampai. Dan inilah juga pegangan peribadiku.

- Juga perlu dibezakan antara berdoa memohon keampunan dan menyumbang pahala bacaan al-Quran kepada si mati. Berdoa agar diberi keampunan kepada si mati adalah sunnah kerana terdapat di dalam hadith tetapi isu menderma pahala bacaan Quran adalah diperselisih seperti diterangkan di atas.


2. Hidangan makanan ketika kenduri tahlil.

- Di sini perlu sedikit kritikal. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat miskin yang bersusah payah membuat kenduri tahlil, sehingga menggunakan duit anak yatim (anak si mati) bagi menyediakan makan kepada hadirin. Cara ini amat salah di sisi Islam. Yang terdapat dalam hadith ialah orang lain yang menyumbangkan makanan & sumbangan bagi meringkankan beban kepada keluarga yang ditimpa tragedi tersebut. Di Malaysia, terbalik pulak jadinya. Amalan inilah yang dikritik oleh banyak pihak yang memahami masalah ini.


Apa yang perlu sekarang cuma kefahaman berkaitan 2 isu yang telah diterangkan di atas & disertakan dengan penambahbaikan. Sesiapa yang tidak yakin dengan kenduri tahlil, maka tidak perlu buat. Sesiapa yang yakin dengan amalan ini, buatlah dengan cara yang betul. Tiada sengketa di antara duanya. Insya Allah. Wassalam.



Monday, June 1, 2009

Solat itu merangkumi rohani dan jasmani

Copy pasted from an email that I received. Sorry I do not know who the author is.

Hadith
:

Anas r.a bercerita katanya:” Nabi SAW pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna.”

Huraian
Ketika solat, selain melibatkan gerakan fizikal, ia juga melibatkan roh kita. Roh inilah yang sebenarnya diperlukan dalam solat kerana ketika itulah ia kembali menemui Tuhannya. Manakala fizikal kita hanyalah sebagai pengantara. Sedangkan rohlah yang menghayati bacaan tersebut. Justeru orang yang memahami tujuan solat yang sebenar tentunya mahukan solatnya itu berjalan dengan tenang, santai dan ada toma’ninah. Bukan solat seperti ribut atau laksana ayam mematuk padi sehingga roh selalu tertinggal ke belakang. Dengan perkataan lain, mulut kita secara spontan membaca bacaan, namun fikiran kita melayang entah ke mana. Tiba-tiba solat kita telah pun siap dan kita pun memberikan salam. Hakikatnya bersolat adalah masa untuk kita berdialog dengan Allah secara langsung. Kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengadu. Maka sewaktu solat adukanlah semua persoalan kita kepada Allah. Roh kita akan dapat merasakannya. Contohnya hati kita terasa sebak dan air mata akan menitis dengan sendirinya. Namun jika kita bersolat secara cepat dan terkocoh-kocoh mungkin roh tidak sempat menikmati pertemuan dengan Allah ini. Kita akan merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang menyusahkan sekali gus menjadikan kita bersolat secara terpaksa!

Tuesday, April 21, 2009

Soalan non-Muslim terhadap orang Islam

I'd be frank; I'm very weak when it comes to comparative religion. I find it much much harder to give dakwah to non-Muslim, because I can't support my points in the discussion/debate using al-Qur'an or hadith like I would normally do among Muslims. Why? Simply, because non-Muslims don't believe in AQ or hadith, so why would they care about them. Thus, dakwah to non-Muslims requires more logical explanation to reason with them.

I received an email with an article as shown below. It's a very good read. Hope it helps some of you in your dakwah. I don't know who's the original author. All credits goes to him/her whoever that person might be.

----------------------------------------------------------------------------------------
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

Justify Full1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makanbinatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang
bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...
WALlahua'lam

Tuesday, February 17, 2009

Majoriti tak semestinya betul!


  1. Manusia secara lumrahnya suka ikut majoriti. Sangkaan-sangkaan orang kebiasaan ialah majoriti mestilah betul dan satu perkara yang ‘normal'.
  2. Jika sedemikian, jikalau majoriti besar manusia terutamanya golongan wanita di dunia ini suka mendedahkan aurat, adakah ianya dianggap ‘betul’ dan ‘normal’? Adakah kehidupan kita semata-mata mengikut ‘majoriti’, ‘trend’ terkini dan kepopularan?
  3. TIDAK sama sekali! Ketahuilah bahawa MAJORITI manusia akan dihumbankan ke dalam neraka. MAJORITI tidak menjamin apa-apa tanpa berlandaskan ilmu agama Islam yang sebenar.
  4. Biarlah kita menjadi golongan yang amat terpencil, yang dianggap ganjil dan tidak ber’standard’ asalkan diberkati dan dirahmati oleh Allah!
  5. Ingatlah! Majoriti tak semestinya betul! Ayuh cerdaskan gaya pemikiran kita!

Friday, February 6, 2009

Ikhlas sahaja tak cukup!

"Aku buat ni ikhlas...."
"Ala... asalkan aku ikhlas... kan dah cukup"

Ini antara 'hujah' biasa yang kita dengar untuk menjustifikasikan hampir setiap perkara yang kita buat. Adakah ikhlas sahaja sudah memadai terutamanya berkaitan agama? TIDAK! Islam adalah agama yang berdasarkan dalil dan hujah. Setiap ibadah khusus dan perkara aqidah perlu bersandar kepada dalil(bukti/sumber) yang sahih dan hasan untuk kita berpegang kepadanya.

Mari kita lihat 2 contoh di bawah:

1) "Aku nak buat ibadah lebih, jadi aku buat solat Subuh 3 rakaat. Aku buat ikhlas kerana Allah!" Malang sekali, di sini kita dapat lihat kesalahan besar dalam pemahaman Islam. Walaupun secara matematiknya 3 itu lebih baik daripada 2, tetapi Islam bukan agama yang boleh direka sesuka hati oleh sesiapa. Dalam contoh ini, Allah menetapkan Subuh 2 rakaat. Maka itulah yang kita patuh. Sama halnya dalam perkara-perkara lain. Jika tidak terdapat dalil yang membolehkan kita beramal dalam sesuatu perkara, jangan kita memandai untuk mereka-rekanya. Ini terutamanya dalam skop ibadah, tidak boleh dianggap baik sesuatu perkara melainkan terdapat dalil yang menyokongnya. Ikhlas sahaja tanpa dalil tidak cukup!

2) Kalau nak ikutkan ikhlas, banyak sami dan paderi ikhlas dalam ibadah cara mereka. Tapi langsung tertolak dan sesat ibadah mereka kerana tidak menepati kehendak Allah. Allah telahpun menetapkan cara untuk beribadah kepada-Nya melalui al-Qur'an dan sunnah, maka patuhlah kepada perintah Allah. Jangan melampau dalam beribadah dan beraqidah yang melangkaui tunjuk ajar Rasulullah. Alasan semata-mata ikhlas dalam ibadah adalah tidak mencukupi!


Kesimpulannya, jangan mudah menjustifikasi dan mengadili sesuatu urusan agama itu tanpa berlapikkan dalil yang sah. Ikhlas sahaja tidak memadai. Contohnya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang amat baik. Tetapi apabila terlalu memuji dan mengagungkan Nabi tanpa petunjuk al-Qur'an dan sunnah, maka kita akan dapati kesalahan-kesalahan kritikal dalam beribadah. Maka rajinlah bertanya kepada yang betul-betul arif dalam sesuatu bidang. Kalau nak bedah apendiks, pergilah berjumpa dengan doktor bedah, bukannya dengan doktor gigi. Walhal kedua-duanya bergelar doktor. Setiap orang mempunyai kepakaran dan pengkhususan masing-masing. Sama juga dengan perkara agama. Jangan pukul rata semua ustaz itu arif dalam segenap ilmu agama. Malah yang betul-betul cekap dan memahami ilmu agama itu tidaklah ramai.....

Wallahu'alam.